Salam suara Kasuarina. Satu pemeriksaan secara spontan telah dijalankan di dalam kawasan pangsapuri kasuarina yang diketuai oleh Encik Nizan, Encik Hashim, dan beberapa ajk JMB, dalam menilai dan memikirkan apa yang perlu difikirkan untuk menaik taraf pangsapuri kasuarina. Sepanjang pemerhatian JMB, terdapat banyak kawasan yang telah disalahgunakan oleh penduduk untuk kepentingan sendiri.
Sisa-sisa pembinaan dan tananam yang ditinggalkan oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan jiran tetangga.
Attitude yang tidak sepatutnya diamalkan di kediaman kita. Tilam ditinggalkan begitu sahaja malah boleh mengundang bahaya.
motosikal dan basikal yang di letakan di corridor dan peti surat menyusahkan penduduk lain bahkan boleh mendatangkan malapetaka terutama kanak-kanak.
Satu lagi kawasan pembiakan nyamuk
Rumput dan lalang yang dibiarkan, mencacatkan pemandangan yang tersedia indah
Satu satunya kemudahan awam yang mesti dijaga dan dihargai
Cantik kan Pagar Utama Apartment Kasuarina.
Beginilah sekiranya tidak mendapat khidmat nasihat dari pakar lanskap yang sesuai |
Basikal yang disandarkan di pagar oleh penduduk, menyebabkan kerosakan di pagar unit orang lain. |
![]() |
Antara Cadangan Pembangunan akan datang. |
![]() |
contoh cadangan menaiktaraf di laluan masuk utama pangsapuri Kasuarina |
Sekiranya masalah-masalah attitude yang mementingkankan diri sendiri dan vandelisme masih tidak dapat dihindarkan atau dibendung di dalam kewasan kita, cadangan-cadangan seperti manaikkan pagar batu baru, menambah elemen soft landscape dan hard landscape untuk menaikkan imej oleh JMB mungkin tidak akan berhasil. Oleh itu kepada semua penduduk terutama pemilik rumah di Apartment Kasuarina marilah bersama-sama memantau dan memikirkan perkara-perkara yang harus dilakukan di kediaman kita agar lebih harmonis, ceria, selamat dan tenteram. Secara tidak langsung imej Apartment Kasuarina akan dinilai pandang oleh penduduk dipersekitaran Bandar Botanik dan nilai bangunan akan melonjak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan