Seperti yang semua maklum, pada minggu lepas 25 march 2011, kediaman kita telah mengalami satu gangguan air yang boleh dikategorikan sebagai satu dugaan hidup. Bekalan air di Apartement Kasuarina boleh ditakfirkan sebagai terputus bekalan air. Bermula jam 6.30pagi lagi Apartment kasuarina telah mengalami gangguan bekalan sehingga 10.30 mlm.
Kepada semua penduduk apartment kasuarina yang mengalami masalah tersebut, kami pihak JMB memohon maaf. Kami faham masalah anda, ada yang tidak mandi dari pagi hingga malam, ada yang sanggup ambil cuti, begitu juga yang kepada penduduk yang ada anak kecil. Kami (JMB) hanya mampu lakukan apa yang terdaya. Untuk makluman, apa yang diberitahu oleh pihak SYABAS dan PUSPAL, meter tekanan untuk mengalirkan air ke Apartment Kasuarina amat rendah sehingga air yang sepatutnya sampai ke tangki utama untuk simpanan tiada dan kosong.
Tindakan pantas yang dilakukan oleh Encik Nizan iaitu menghubungi SYABAS mengenai masalah ini telah mengejutkan pegawai SYABAS dan PUSPAL. walaupun mereke datang seperti yang dijanjikan tetapi masalah kekurangan bekalan masih tidak dapat diatasi. Pada masa yang sama gangguan bekalan air semakin kritikal dari 3 blok yang mengalami nya telah meningkat ke 7 blok.
Tepat jam 10.30 mlm JMB telah menerima panggilan dari seorang penduduk mengatakan bekalan air telah kembali normal. Terima kasih SYABAS. terima kasih Semua penduduk Kasuarina yang banyak bersabar dalam gangguna ini dan sakali lagi Kami JMB kasuarina memohon maaf diatas gangguan yang diterima oleh semua penduduk.
Sebarang aduan dan Cadangan boleh emailkan kepada kami di www.jmbkasuarina.blogspot.com atau jmbkasuarina@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan