Followers

Rabu, 30 Mac 2011

PERTANDINGAN BADMINTON PIALA JMB KASUARINA 2011.

JMB APARTMENT KASUARINA AKAN MENGANJURKAN SATU KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA ANTARA JMB-JMB DI SEKITAR KLANG DAN SELANGOR BAGI MEREBUT PIALA PUSINGAN JMB KASUARINA DAN HADIAH-HADIAH YANG TUNAI YANG MENARIK.


kepada yang berminat boleh menghantar email ke jmbkasuarina@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Isnin, 28 Mac 2011

SAYANGI KEDIAMAN KITA.

Salam suara Kasuarina. Satu pemeriksaan secara spontan telah dijalankan di dalam kawasan pangsapuri kasuarina yang diketuai oleh Encik Nizan, Encik Hashim, dan beberapa ajk JMB, dalam menilai dan memikirkan apa yang perlu difikirkan untuk menaik taraf pangsapuri kasuarina. Sepanjang pemerhatian JMB, terdapat banyak kawasan yang telah disalahgunakan oleh penduduk untuk kepentingan sendiri.

JMB bukan hendak menghalang penduduk untuk menggunakan tanah atau kawasan di common area, malahan JMB lebih menggalakkan sekiranya dengan tujuan menaikkan imej kediaman kita. JMB telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk majukan dalam menaikkan imej dan kemudahan bersama, seperti menanam pokok-pokok bunga hiasan, kerusi rehat, tempat-tempat berehat, riadah dan bermacam-macam lagi, yang boleh digunakan bersama oleh penduduk dan secara tidak lansung dapat mengenali dengan lebih rapat antara jiran tetangga.
   




Sisa-sisa pembinaan dan tananam yang ditinggalkan oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan jiran tetangga







tetapi malang, tempat yang strategik telah digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi kepentingan sendiri, bukan sahaja merugikan penduduk malahan menjadi masalah kepada penduduk yang lain, dengan air yang bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana tidak diselenggara dengan baik dan yang paling nyata panorama disitu telah tercemar dengan bahan yang tidak sepatutnya .Alangkah bagusnya jika penduduk dapat membantu dengan menanam pokok-pokok hiasan. dan memaklumkan kepada JMB. Setidak-tidaknya JMB boleh membantu dengan mengarahkan kontractor lanskap untuk menjaganya agar lebih teratur dan cantik. 




Attitude yang tidak sepatutnya diamalkan di kediaman kita. Tilam ditinggalkan begitu sahaja malah boleh mengundang bahaya.
motosikal dan basikal yang di letakan di corridor dan peti surat menyusahkan penduduk lain bahkan boleh mendatangkan malapetaka terutama kanak-kanak.  

Satu lagi kawasan pembiakan nyamuk
Rumput dan lalang yang dibiarkan, mencacatkan  pemandangan yang tersedia indah
Satu satunya kemudahan awam yang mesti dijaga dan dihargai

Cantik kan Pagar Utama Apartment Kasuarina.

Beginilah sekiranya tidak mendapat khidmat nasihat dari pakar lanskap yang sesuai

Antara kenderaan yang tidak sepatutnya di simpan di dalam kediaman kesayangan kita. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masalah dan keperluan penduduk lain.
Basikal yang disandarkan di pagar oleh penduduk,  menyebabkan kerosakan di pagar unit orang lain.  
Antara Cadangan Pembangunan akan datang.

contoh cadangan menaiktaraf di laluan masuk utama pangsapuri Kasuarina

Sekiranya masalah-masalah attitude yang mementingkankan diri sendiri dan vandelisme masih tidak dapat dihindarkan atau dibendung di dalam kewasan kita, cadangan-cadangan seperti manaikkan pagar batu baru, menambah elemen soft landscape dan hard landscape  untuk menaikkan imej oleh JMB mungkin tidak akan berhasil. Oleh itu kepada semua penduduk terutama pemilik rumah di Apartment Kasuarina marilah bersama-sama memantau dan memikirkan perkara-perkara yang harus dilakukan di kediaman kita agar lebih harmonis, ceria, selamat dan tenteram. Secara tidak langsung imej Apartment Kasuarina akan dinilai pandang oleh penduduk dipersekitaran Bandar Botanik dan nilai bangunan akan melonjak.    

MASALAH METER AIR UTAMA DI KASUARINA APARTMENT.

 Seperti yang semua maklum, pada minggu lepas 25 march 2011, kediaman kita telah mengalami satu gangguan air yang boleh dikategorikan sebagai satu dugaan hidup. Bekalan air di Apartement Kasuarina boleh ditakfirkan sebagai terputus bekalan air. Bermula jam 6.30pagi lagi Apartment kasuarina telah mengalami gangguan bekalan sehingga 10.30 mlm.  
 Kepada semua penduduk apartment kasuarina yang mengalami masalah tersebut, kami pihak JMB memohon maaf. Kami faham masalah anda, ada yang tidak mandi dari pagi hingga malam, ada yang sanggup ambil cuti, begitu juga yang kepada penduduk yang ada anak kecil. Kami (JMB) hanya mampu lakukan apa yang terdaya. Untuk makluman, apa yang diberitahu oleh pihak SYABAS dan PUSPAL, meter tekanan untuk mengalirkan air ke Apartment Kasuarina amat rendah sehingga air yang sepatutnya sampai ke tangki utama untuk simpanan tiada dan kosong.
Tindakan pantas yang dilakukan oleh Encik Nizan iaitu menghubungi SYABAS mengenai masalah ini telah mengejutkan pegawai SYABAS dan PUSPAL. walaupun mereke datang seperti yang dijanjikan tetapi masalah kekurangan bekalan masih tidak dapat diatasi. Pada masa yang sama gangguan bekalan air semakin kritikal dari 3 blok yang mengalami nya telah meningkat ke 7 blok.

Tepat jam 10.30 mlm JMB telah menerima panggilan dari seorang penduduk mengatakan bekalan air telah kembali normal. Terima kasih SYABAS. terima kasih Semua penduduk Kasuarina yang banyak bersabar dalam gangguna ini dan sakali lagi Kami JMB kasuarina memohon maaf diatas gangguan yang diterima oleh semua penduduk.

Sebarang aduan dan Cadangan boleh emailkan kepada kami di www.jmbkasuarina.blogspot.com atau jmbkasuarina@gmail.com

Khamis, 17 Mac 2011

MASALAH LORI DAN PENDUDUK

Terima kasih kepada ENCIK MOHD FITRI BIN TANDIL diatas keperihatinan dan  informasi yang diberikan oleh beliau untuk di masukkan didalam blog Apartment Kasuarina. Mungkin Selepas ini pemantauan berkenaan masalah lori yang diletakkan di dalam kawasan kita akan menjadi mudah selepas kita memahani apa itu SPAD. SPAD adalah singkatan bagi SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT. SPAD adalah juga adalah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam mengawal kenderaan-kenderaan berat darat di malaysia.

Kami  telah menghubungi wakil SPAD berkenaan masalah lori di kawasan kasuarina. Dan jawapan yang diterima amat memuaskan dan cara aduan juga amat mudah dari segala segi.
1) Caj panggilan adalah percuma.
2) Panggilan diangkat dengan cepat ( tidak menunggu lama, tiada lagi suara robot atau peti rakaman suara)
3) Jika ingin membuat aduan cuma sertakan NO REG LORI TERSEBUT.
4) Sekira lori berkenaan di bawah bidang kuasa SPAD mereka akan membuat siasatan secepat mungkin dan  
    tindakan saman/mahkamah akan dikenakan terhadap kenderaan tersebut..
5) Sekirannya lori berkenaan bukan di bawah bidang kuasa SPAD, Pihaknya akan melanjutkan aduan
    tersebut  ke JABATAN PENGANGKUTAN JALAN untuk tindakan undang-undang.

Bagi penduduk yang ingin melaporkan aduan/masalah lori boleh membuat aduan di talian bebas tol
1800-88-9600
Atau layari laman web
 http://www.spad.gov.my