JMB APARTMENT KASUARINA AKAN MENGANJURKAN SATU KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA ANTARA JMB-JMB DI SEKITAR KLANG DAN SELANGOR BAGI MEREBUT PIALA PUSINGAN JMB KASUARINA DAN HADIAH-HADIAH YANG TUNAI YANG MENARIK.
kepada yang berminat boleh menghantar email ke jmbkasuarina@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Rabu, 30 Mac 2011
Isnin, 28 Mac 2011
SAYANGI KEDIAMAN KITA.
Salam suara Kasuarina. Satu pemeriksaan secara spontan telah dijalankan di dalam kawasan pangsapuri kasuarina yang diketuai oleh Encik Nizan, Encik Hashim, dan beberapa ajk JMB, dalam menilai dan memikirkan apa yang perlu difikirkan untuk menaik taraf pangsapuri kasuarina. Sepanjang pemerhatian JMB, terdapat banyak kawasan yang telah disalahgunakan oleh penduduk untuk kepentingan sendiri.
Sisa-sisa pembinaan dan tananam yang ditinggalkan oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan jiran tetangga.
Attitude yang tidak sepatutnya diamalkan di kediaman kita. Tilam ditinggalkan begitu sahaja malah boleh mengundang bahaya.
motosikal dan basikal yang di letakan di corridor dan peti surat menyusahkan penduduk lain bahkan boleh mendatangkan malapetaka terutama kanak-kanak.
Satu lagi kawasan pembiakan nyamuk
Rumput dan lalang yang dibiarkan, mencacatkan pemandangan yang tersedia indah
Satu satunya kemudahan awam yang mesti dijaga dan dihargai
Cantik kan Pagar Utama Apartment Kasuarina.
Beginilah sekiranya tidak mendapat khidmat nasihat dari pakar lanskap yang sesuai |
Basikal yang disandarkan di pagar oleh penduduk, menyebabkan kerosakan di pagar unit orang lain. |
![]() |
Antara Cadangan Pembangunan akan datang. |
![]() |
contoh cadangan menaiktaraf di laluan masuk utama pangsapuri Kasuarina |
Sekiranya masalah-masalah attitude yang mementingkankan diri sendiri dan vandelisme masih tidak dapat dihindarkan atau dibendung di dalam kewasan kita, cadangan-cadangan seperti manaikkan pagar batu baru, menambah elemen soft landscape dan hard landscape untuk menaikkan imej oleh JMB mungkin tidak akan berhasil. Oleh itu kepada semua penduduk terutama pemilik rumah di Apartment Kasuarina marilah bersama-sama memantau dan memikirkan perkara-perkara yang harus dilakukan di kediaman kita agar lebih harmonis, ceria, selamat dan tenteram. Secara tidak langsung imej Apartment Kasuarina akan dinilai pandang oleh penduduk dipersekitaran Bandar Botanik dan nilai bangunan akan melonjak.
MASALAH METER AIR UTAMA DI KASUARINA APARTMENT.
Seperti yang semua maklum, pada minggu lepas 25 march 2011, kediaman kita telah mengalami satu gangguan air yang boleh dikategorikan sebagai satu dugaan hidup. Bekalan air di Apartement Kasuarina boleh ditakfirkan sebagai terputus bekalan air. Bermula jam 6.30pagi lagi Apartment kasuarina telah mengalami gangguan bekalan sehingga 10.30 mlm.
Kepada semua penduduk apartment kasuarina yang mengalami masalah tersebut, kami pihak JMB memohon maaf. Kami faham masalah anda, ada yang tidak mandi dari pagi hingga malam, ada yang sanggup ambil cuti, begitu juga yang kepada penduduk yang ada anak kecil. Kami (JMB) hanya mampu lakukan apa yang terdaya. Untuk makluman, apa yang diberitahu oleh pihak SYABAS dan PUSPAL, meter tekanan untuk mengalirkan air ke Apartment Kasuarina amat rendah sehingga air yang sepatutnya sampai ke tangki utama untuk simpanan tiada dan kosong.
Tindakan pantas yang dilakukan oleh Encik Nizan iaitu menghubungi SYABAS mengenai masalah ini telah mengejutkan pegawai SYABAS dan PUSPAL. walaupun mereke datang seperti yang dijanjikan tetapi masalah kekurangan bekalan masih tidak dapat diatasi. Pada masa yang sama gangguan bekalan air semakin kritikal dari 3 blok yang mengalami nya telah meningkat ke 7 blok.
Tepat jam 10.30 mlm JMB telah menerima panggilan dari seorang penduduk mengatakan bekalan air telah kembali normal. Terima kasih SYABAS. terima kasih Semua penduduk Kasuarina yang banyak bersabar dalam gangguna ini dan sakali lagi Kami JMB kasuarina memohon maaf diatas gangguan yang diterima oleh semua penduduk.
Sebarang aduan dan Cadangan boleh emailkan kepada kami di www.jmbkasuarina.blogspot.com atau jmbkasuarina@gmail.com

Khamis, 17 Mac 2011
MASALAH LORI DAN PENDUDUK
Terima kasih kepada ENCIK MOHD FITRI BIN TANDIL diatas keperihatinan dan informasi yang diberikan oleh beliau untuk di masukkan didalam blog Apartment Kasuarina. Mungkin Selepas ini pemantauan berkenaan masalah lori yang diletakkan di dalam kawasan kita akan menjadi mudah selepas kita memahani apa itu SPAD. SPAD adalah singkatan bagi SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT. SPAD adalah juga adalah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam mengawal kenderaan-kenderaan berat darat di malaysia.
Kami telah menghubungi wakil SPAD berkenaan masalah lori di kawasan kasuarina. Dan jawapan yang diterima amat memuaskan dan cara aduan juga amat mudah dari segala segi.
1) Caj panggilan adalah percuma.
2) Panggilan diangkat dengan cepat ( tidak menunggu lama, tiada lagi suara robot atau peti rakaman suara)
3) Jika ingin membuat aduan cuma sertakan NO REG LORI TERSEBUT.
4) Sekira lori berkenaan di bawah bidang kuasa SPAD mereka akan membuat siasatan secepat mungkin dan
tindakan saman/mahkamah akan dikenakan terhadap kenderaan tersebut..
5) Sekirannya lori berkenaan bukan di bawah bidang kuasa SPAD, Pihaknya akan melanjutkan aduan
tersebut ke JABATAN PENGANGKUTAN JALAN untuk tindakan undang-undang.

Bagi penduduk yang ingin melaporkan aduan/masalah lori boleh membuat aduan di talian bebas tol
1800-88-9600
Atau layari laman web
http://www.spad.gov.my
Isnin, 28 Februari 2011
MASALAH PENDUDUK ,kerosakan bumbung dan tangki air.
19 FEB 2011. Wakil JMB Kasuarina dan beberapa orang penduduk telah melihat bumbung utama yang telah dibaiki di blok-blok yang telah mengalami kebocoran sejak beberapa bulan lepas. Untuk makluman panduduk proses membaik-pulih dijangka akan mengambil masa dalam sebulan, tidak termasuk mambaik-pulih lantai concrete di kawasan tangki. Diharap penduduk yang mengalami masalah kebocoran dapat bersabar sementara kerja-kerja pembaikan dapat diatasi sepenuhnya. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke pejabat pengurusan aku ajk bangunan Encik Shauili.
Perabung concrete yang telah ditukar setelah didapati punca air hujan memasuki rumah penduduk.
Antara Flashing yang telah ditukar baru dan dibaikpulih bagi mengelakkan air hujan dari masuk melalui tindihan-tindihan bumbung.Kebocoran tangki air di Blok E, Pihak JMB telah mengenalpasti kebocoran, dan tindakan akan diambil untuk membaikpulih secepat mungkin.
Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti berlaku kebocoran yang menyebabkan gangguan kepada punduduk di tingkat.
En Zaharin sedang menyiasat bagaimana tangki ini bocor yang menyebabkan gangguan kepada penduduk ditangkat atas.
Tandas awam di dewan badminton pecah. Harap kerjasama dari semua penduduk sayangilah harta kita bersama. Ini akan memcerminkan budaya kehidupan penduduk di Kasuarina Apartment.
Diharap penduduk dapat bersabar di atas kesulitan yang dialami. Kami pihak JMB akan sentiasa memantau kediaman semua penduduk, agar penduduk akan sentiasa rasa aman, selesa dan selamat.
Isnin, 21 Februari 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SURAU KASUARINA
Ucapan aluan dari pengerusi surau Encik Fairus sebelum majlis dimulakan
Bacaan salawat berjemaah.. yang diketuai oleh penceramh jemputan Ustaz firdaus al-banjari
Encik Fitri yang kamu tengok sini buat apa.. Ustaz suruh baca selawat laaa.
anatara barisan orang-orang kuat yang berusaha keras dalam menjayakan majlis ini, dari kiri saudara amram, saudara rudy, saudara izad dan pengerusi surau saudara fairus.
ramai juga penduduk yang hadir..memeriahkan majlis.. semoga sentiasa ramai dalam majlis kuliah2 yang lain. alhamdulillah ramai penduduk yang hadir.. sampai di anjung surau pun penuh
khusuk betoi Abg Rosli dgn Setiausaha surau kita tuu.. mesti hebat penyampaian tazkirah dari ustaz kita tu..tapi abg zaidi yang pakai baju biru kat belakang tu, nak kemana pulak.
Orang kuat kita.. Abg siak encik hamid. Memangku penyedia makanan untuk majlis pada malam ini
Alamak cukup ke makanan nie.Nampak macam sedap. Lepas je sembahyang, aku sebat dulu sebungkus..lapar dah nie..
tiga brader ensem..1,2,3 senyum
lepas nie aku nak buat apa plak yee.. rasanya tahun nie aku nak tumbang lembu pung ok gak ...
jemput makan semua.. bismislaa
pasangan bahagian.. contohilaa..
Khamis, 17 Februari 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SUARAU KASUARINA
SATU MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL AKAN DIADAKAN DI SURAU KASUARINA BANDAR BOTANIC PADA:-
PADA : 19 HB FEB 2011,
WAKTU : BERMULA DARI JAM 7.00
SEMUA MUSLIMAT DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR.
Langgan:
Catatan (Atom)